Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 20, 2009

Asgmnt Sept 2008

1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML 1203 : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA
MELAYU
SEMESTER : SEPTEMBER 2008
TUGASAN KURSUS (35%)
ARAHAN
1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda
menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah
dan bahan-bahan bukti yang tepat dan releven.
2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font ”Arial” saiz 12
dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.
3. Tugasan anda dianggarkan sepanjang antara 15 – 17 muka surat tidak
termasuk graf, gambarajah, rujukan dan lampiran.
4. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum / pada tutorial ke
4 (empat).
5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.
6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
menyerahkan tugasan yang diplagiat akan dikenakan tindakan tatatertib.
2
SOALAN TUGASAN
Tugasan ini merupakan satu kajian tindakan di dalam bilik darjah di sebuah sekolah
menengah atau rendah. Untuk menyempurnakan kajian ini, anda dikehendaki
mencari seorang atau beberapa orang murid yang menghadapi masalah penyebutan
atau pertuturan beberapa perkataan atau fonem. Contohnya fonem / r / yang kerap
disebut sebagai / gh / (orang disebut sebagai oghang). Kajian ini memerlukan
langkah serta aliran kerja seperti di bawah ini.
PANDUAN UNTUK PELAJAR
1. Kenal pasti murid yang hendak dikaji (latar belakang)
(i) nama sekolah
(ii) darjah sedang diikuti
(iii) jantina murid
(iv) keluarga murid
(v) fizikal murid
(vi) lain-lain yang boleh menyokong kajian
(5 markah)
2. Masalah penyebutan perkataan
(i) kumpul maklumat perkataan yang sukar atau salah sebutan
(ii) kenal pasti punca masalah
(iii) susun setiap perkataan
(iv) gunakan simbol fonetik yang sesuai bagi setiap perkataan
(v) kategori perkataan (jika ada)
(vi) perkembangkan perkataan kepada rangkai kata dan ayat untuk dibuat
kajian.
(10 markah)
3. Bina satu modul pengajaran untuk mengajar permasalahan yang dihadapi
(i) pilih Teori Pembelajaran yang sesuai
(ii) perkaitkan antara teori dan kaedah serta strategi pengajaran
(iii) bina alat bantu mengajar yang sesuai
(iv) sediakan rancangan pengajaran yang lengkap
(v) lebih sesuai setiap rancangan pengajaran yang lengkap telah melaluI
proses ujikaji atau eksperimen.
(vi) buat refleksi daripada pengajaran
(15 markah)
4. Cadangkan langkah-langkah yang bersesuaian serta relevan berdasarkan
kajian yang anda laksanakan berkaitan permasalahan sebutan fonem dan
perkataan dalam kalangan murid.
(5markah)
3
5. Anda juga dicadangkan mengaplikasi pengetahuan yang anda perolehi
daripada kursus Pengenalan Fonetik dan Fonologi dalam menyempurnakan
kajian ini.
PANDUAN UNTUK TUTOR
1. Pastikan pelajar diberikan bimbingan yang secukupnya
(i) pemahaman terhadap konsep kajian tindakan
(ii) pemahaman berkaitan dengan permasalahan sebutan dan punca-punca
timbulnya masalah tersebut.
(iii) teknik dan strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk memperbaiki
masalah sebutan dalam kalangan murid.
(iv) pebinaan alat bantu mengajar
(v) aktiviti yang menyokong penyelesaian masalah
(vi) penulisan persediaan rancangan mengajar yang lengkap berwibawa dan
relevan
2. Jangkaan hasil tugasan
a. satu esei yang lengkap mencakupi perkara berikut :
(i) pengenalan dan latar belakang kajian
(ii) objektif kajian
(iii) masalah yang dikaji
(iv) metodologi kajian termasuk respondan
(v) hasil kajian
(vi) cadangan
(vii) penutup
b. pelajar berupaya menggabungkan kemahiran, pengetahuan, dan
disiplin yang berkaitan dengan kursus yang diikuti.
(i) kemahiran membuat kajian dan penulisan laporan
(ii) pengetahuan berkaitan dengan fonetik dan fonologi serta
pedagogi
(iii) disiplin yang mapan tentang pelaksanaan dan penyemprnaan
penyelidikan serta penulisan.
3. Hasil kajian dan penyelidikan lebih menarik sekiranya disertakan dengan
rakaman dan buku log atau catatan harian.

No comments: