Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 18, 2009

Masak Tempoyak Ikan Patin / Gulai Masam Ikan Patin

Ikan patin gulai tempoyak
No picture

Resepi Mak Andak Koyan
(09-6090250)
Created on : 09-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* 10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
* 1 cm kunyit hidup (xde, blh guna serbuk kunyit)
* 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
* 15 tangkai cili padi ( xnk pedas,kurangkan )
* 10 tangkai daun kesum
* 5 sudu tempoyak ( lagi byk, lg sedap dan kuahnya pekat )
* air secukupnya ( nk kuah byk, msk air byk )
* garam secukup rasa

Cara-cara

1. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)
2. Tumbuk kunyit hidup,tempoyak dan cili api hingga lumat.
3. masukan air di dalam periuk , bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak . Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
7. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

No comments: