Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 18, 2009

TOMYAM HAIMI

Bahan-Bahan:
1. Daging (sukahati,direbus dahulu)
2. sotong ( sukahati )
3. ketam ( 2 ekor ke )
4. Kerang ( sukahati )
5. udang ( sukahati,direbus asing )
6. Kupang ( sukahati )
7. 1.7 L air(bleh campur ngan air rebusan daging tadi)
8. secubit gula
9.. secukup garam
10. 3 batang serai ( titik )
11. 20 batang cili padi
12. 1 peket cendawan
13. 5 keping duan limau purut(koyakkan)
14. 4 biji limau nipis
15. 3 tangkai daun ketumbar (racik)
16. 1 biji bawang holland (potong bulat)
17. 6 biji bwang putih (ketuk)
18. Siracha Thailand
Cara:
1. Panaskan air bersama bawang putih hingga hampir mendidih.
2. masukkan perencah tomyam,serai,daun limau,bawang holland..
3.hampir mendidih,masukkan lobak,daging,ketam,kerang,kupanggula,garam,serbuk perasa,cili,tunggu hingga mendidih..kalau x masam masukkan air perahan limau nipis...
4.masukkan,cendawan dan daun ketumbar...kacau perlahan2.
5. siap dihidangkan....
Tambahan:
jgn campur udang semase masak kerana air udang akan mengganggu rasa tomyam...kalau nak makan,baru ambil udang yang dah direbus asing..

No comments: